January 12, 2015

Persoalan

Mereka bertanya kenapa cerita kita berhenti di tengah jalan? Adakah sambungan atau ini kesudahannya? Dan mereka bertanya lagi kenapa kita berpisah, kenapa kita berjauhan, kenapa kesudahannya begini.

Dan aku menjawab bagi soalan pertama mereka.

Apa kau ingat cerita aku ni drama pukul 7 mlm kt tv3 tu? Kau ingt cerita aku ni mcm novel novel yg dijadikan cerita drama kt tv tu? Kau ingt aku melawak? Ha?

Dan setelah reda. Aku menjawab pula soalan mereka yang seterusnya.

Sambungan atau tidak, itu masih lagi rahsia. A true writer never reveal the endings. Ceh, Ayat. Tah mana aku copy paste nyer. Aku dah dia, mungkin semakin hari semakin jauh. Tapi aku tidak menganggapnya satu perpisahan. Sebab aku percaya akan tiba satu hari nanti di mana kami akan bertemu tapi tidak akan menyambung kisah yang terhenti suatu ketika dulu.

Dan kenapa kesudahannya begini?

Aku pun tak tahu. Mungkin ni takdirnya. Mungkin masing masing sibuk dengan komitmen masing masing. Mungkin dua dua masih mencari identiti diri lagi, masih mahu melakukan sesuatu. Dan bagi ku, aku belum bersedia untuk berdua. Ye, aku selesa dengan dia. Dan aku mempunyai angan angan untuk menghabiskan hidup bersama seperti yang telah kami rancang dulu. Tapi sekarang aku merasakan belum tiba masanya. Dan mungkin angan angan hanya sekadar angan angan. Lukisan dua jiwa yang hanya terpampang di galeri seni. Mungkin kita tidak ditakdirkan bersama. Mungkin hanya kekal sebagai kawan. Dan mungkin ble kita berjumpa, kau bersama si dia. Tersenyum dan gembira. Dan aku. Masih sendiri. Tapi lebih berbahagia. Lebih matang. Kau dan aku.

Kau ok, aku ok, kita okay. Kn?

Sekian.

No comments:

Post a Comment