January 1, 2015

Tahun baru

Tahun baru
Azam baru
Itu kebiasaan
Yang kau aku buat

Cuma kali ini berbeza
Aku tidak menentapkan apa apa
Aku tidak berharapkan apa apa
Aku hanya ikut flow
Allah dah set from the top
Jadi aku ikut kemana kehidupan ini nak bawa

Aku tidak tahu
Adakah umurku masih panjang pada tahun ini
Sempatkah aku membalas jasa kedua ibu bapaku?
Sempatkah aku bertemu dengan si dia?
Sempatkan aku melakukan perkara yang aku ingin lakukan?
Dan sempatkan aku meluahkan segala yang terpedam?

 Jadi,
Pada tahun baru ini
Aku ingin menikmati segalanya
Mengharungi hari hari dengan seyuman
Walaupun buruk walaupun baik
Menghargai mereka disekelilingku
Melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir buat kali kedua

Aku harap aku masih lagi insan yang sama
Yang suka berangan benda yang bukan bukan
Yang suka gelak benda yang tahpape
Yang suka menulis dengan ayat ayat puitis

Masih insan yang sama
Yang berharap melalui hari hari yang baik
Walaupun kau sudah tiada lagi di sisi

Masih insan yang sama
Di tahun baru ini

Selamat tahun baru sayangku sekalian
Semoga apa  sahaja azam mu untuk tahun ini tercapai
Amin. Insyallah.

No comments:

Post a Comment