February 2, 2018

Dan aku masih ingat...

Dahulu kita selalu bersama
Bercerita mengenai masa lalu, masa depan
Harapan dan juga angan-angan
Kau mempunyai suatu harapan
Kau ingin membuat ibumu bangga
Kau mahu menjadi anak yang baik
Kau mahu membuat dia bahagia

Dan aku masih ingat
Sifat mu yang itu yang membuat aku kagum
Dahulu kita sering bergurau
Bergaduh dan ketawa bersama
Kau suka mengusik diri ku
Ada sahaja yang kau ingin bantah
Ada sahaja lawak kau yang melampau

Dan aku masih ingat
Di waktu kau memujuk diriku
Atas rasa bersalah
Dan aku memaafi diri mu
Dahulu kau selalu ada untukku
Kau dengar segala luahan hati ku
Dan aku juga begitu
Terlalu banyak yang kita kongsi bersama

Dan aku masih ingat
Waktu kau membangunkan diri ku
Di saat aku jatuh tersungkur
Dan kau tidak pernah putus asa
Aku tidak tahu apa yang berubah
Segalanya berjalan terlalu pantas
Dan aku amat merindui dirimu
Dan betapa aku ingin
Pergi waktu dahulu
Di mana segalanya indah
Aku ingin merasainya semula

Wahai kawanku
Andai ini yang terbaik
Aku redha melepaskan dirimu
Berdoa agar kau baik baik sahaja
Dan berharap kau sentiasa bahagia
Walau di mana jua diri mu
Walau apa pun yang kau lakukan
Ku harap kau tidak akan lupa
Segala kenangan yang tercipta
Tentang aku. Tentang kita

Dan aku sentiasa ingat
Tentang kau. Tentang kita
Terima kasih atas segalanya

No comments:

Post a Comment