Kau hadir tidak ku duga
Melakari hidup ku dengan penuh warna
Liku kehidupan diharungi bersama sama
Hari hari dipenuhi dengan bahagia
Kau selalu ada tiap waktu
Tatkala aku kesedihan dan pilu
Membuat aku tertawa dengan lawakmu
Membuat aku senyum dengan lagakmu
Kita sering menghabis waktu bersama
Menceritakan tentang suka dan duka
Berkongsi tentang cita cita dan harapan
Merancang masa depan dengan angan angan
Kita sering bergaduh manja
Membantah setiap kata
Berlumba untuk menang
Tertawa dengan sikap masing masing
Alangkah cepat berlalu masa
Kita mula meningkat dewasa
Hala tuju semakin berbeza
Kita sudah tidak seperti sediakala
Kau sering tiada
Meninggalkan aku sendiri disini
Dan acap kali kita berkata
Ia sentiasa berakhir dengan pantas sekali
Aku semakin lelah menunggu dirimu
Cuba untuk memahami situasimu
Bersabar dengan kerenah dirimu
Berdiri teguh hanya kerana memori bersamamu
Kita sudah semakin jauh
Tiada apa yang bisa dibaiki lagi
Hati semakin berhenti menaruh
Redha bahawa kita sekarang begini
Selamat tinggal sahabat lama
Kenang memori kita bersama
Selamat tinggal kekasih lama
Terima kasih buat segala-galanya
No comments:
Post a Comment