March 19, 2018

Buat masa ini

Buat masa ini
Diri ini merasa lebih baik
Mungkin aku sudah mula
Menerima hakikat
Bahawa kita berdua hanya
cerita sementara

Buat masa ini
Hati ini merasa lebih tenang
Mungkin ia juga sudah lelah
dan redha dengan segalanya
Kita berdua memang sudah
tidak lagi sehaluan

Buat masa ini
Aku tidak lagi menunggu dirimu
Menanti kehadiranmu tiap hari
Merindui dirimu hampir tiap malam
Menangisi ketiadaan dirimu
Merasai segenap kekosongan dihati ini

Buat masa ini
Aku menyibukkan diriku
Menghalang bayangmu memasuki
ruang fikiran aku
Mengisinya dengan segala memori indah
Memenuhnya dengan cerita kau dan aku

Buat masa ini
Aku tidak lagi rasa ingin berjumpa
mahupun bercakap dengan dirimu
Walaupun ada rindu yang hadir
Tapi cuma sementara waktu sahaja
dan ia hilang tanpa ku sedari

Buat masa ini
Aku harap perasaan ini akan sentiasa ada
Membantu aku di jalan yang berliku ini
Menerangi aku di ruang yang gelap ini
Kau hadir saat ku perlukan diri mu
Dan kau pergi di saat kau rasa perlukan

Buat masa ini
Aku memahami atas apa yang berlaku
Aku tidak lagi memarahi dirimu dan takdir ini
Aku redha atas apa segala yang terjadi
Sesuatu perkara berlaku atas sebab tertentu
Ia termasuk kisah kau dan aku

Buat masa ini
Aku tak ingin kau kembali dalam hidup ku
Aku bahagia dengan saki baki hati yang ada
Dan aku berharap kau juga bahagia sentiasa
Aku melepaskan diriku dari gari rantai ini
Aku melepaskan dirimu dari gengaman hatiku ini

No comments:

Post a Comment